Wednesday 17 August 2011

luahan hati

cinta takkan hadir tanpa kasih dan sayang,
itukah cinta?
cinta mestilah adil..tapi macam mana cinta tu adil?
apa ada pada cinta?
apa yang cinta boleh buat?
apa yang kita dapat dengan cinta?
terlalu banyak persoalan tentang cinta..
kasih dan sayang..
apa makna kasih?
apa pula makna sayang?
kenapa cinta tak boleh hadir tanpa kasih dan sayang?
tanpa cinta,kasih dan sayang hidup akan sunyi.
hidup bagaikan tidak bermakna.
"KOSONG" itulah yang meyelubungi diri.
tapi bila kita kecapi cinta,kasih dan sayang ada saja yang kita rasa tidak selesa dengannya.
apa yang kita perlu untuk mengisi ruang cinta?
bila nak memahami,kita yng tak difahami.
mungkinkah cinta ini satu perkongsian?
adakah kita faham makna sebenarnya cinta?
cinta,cinta tak faham aku.........
Allah juga maha pengasih dan penyayang..

Friday 12 August 2011

Rona Hidup



@~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~@

Bila berlabuh tabir malam indah
Cakrawala pun turut melambai gundah
Suka duka berganti
Rasa merindu kepadamu

Telah lama diriku dalam leka
Lupa mencintaaimu sepenuh jiwa
Sedangkan itu satu 
Kewajipanku terhadapmu

Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan
Dapatkah aku pulang
Berjiwa suci
Bagai kekasih dinanti

Masihkah diri ini ada ruang beradu
Dalam mahligai
Sedangkan diri telah tercemar
Ddebu dunia

Izinkanlah diriku
Dekat denganmu kasih


@~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~@



      Siapa tahu akan nasib kita dihari tua?  Siapa yang setia mendampingi kita waktu itu? Berapa banyak harta yang telah di kumpul? Kereta apa yang di pakai? Rumah yang bagaimana jadi kediaman kita? Pakaian yang bagaimana menjadi pakaian seharian kita? Apa sumber keewangan kita? Siapa yang menemani kita ketika itu?

      Seharian aku renungkan..Mungin ya, mungkin tidak.. 

>> Kisah 1
    Si kaya..
        Mungkin satu, mungkin jua dua.. mungkin jua tiga.. dan mungkin jua penuh kota nya..Hmm 4..
Harta?? Bunglo setiap bini ada satu.. Anak-anak semua tinggal kondo sendiri.. Peribadi..Privacy lah katakan..Kereta? Anak yang masih belajar lagikan bawa BMW, sport car.. Apalagikan ayah?? ibu?? Tak payah cakap la beb.. Pakaian? Mana pandang baju pasar malam beb.. Bundel?? Apa tu?? Tak pandang lah..

>> Kisah 2
     Si ?? (Tak tau apa status.Kaya tidak, miskin pun bukan)
         Isteri cukup lah satu.. Rumah, cukuplah untuk anak bini tidur dengan selesa, mungkin ada satu buah lagi tuk sewa.. Dapatlah income tambahan tiap bulan.Kalau tidak pun bolehlah sanak-saudara duduk tumpang sekali sekala masa berziarah. Kereta, asalkan selesa. Cukup untuk angkat anak bini..Alhamdulillah  ar kalau dapat bawa mak bapak sekali.. Baju, tak kesah la beli kat mana. Asalkan anak bini cukup pakai, cukup kain..Tak la kurang atau bocor sana sini.. Kesian anak bini aku.. =(

       Kisah aku entah berakhir dimana.. Entah kisah satu, entah kisah dua.. Bayangkan~~

@~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~@

 Bila aku sudah tiada

lagu : Hujan
@~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~@


>> Bila si Kaya mati
      Bini dah kawin lain.. Cari orang kaya baru. Hidup kena teruskan beb.Rumah perlu bayar.. Kereta tak habis bayar lagi..Nak shopping kat melbourne sapa nak payung? Anak bergaduh sesama sendiri, mungkin ada dah merajuk "balik tanjung??",dialog Lan pet-pet dalam senario The Movie.. Mungkin juga ada dah yang mati akibat berbunuhan adik beradik.. Si kaya dalam kubur masih tetap pakai kain kafan warna putih..Sutera tak laku weh..  =(
     Mungkin si kaya panjang umur.. Alhamdulillah  =) Siapa nak  jaga si  kaya tua tu? Anak? Pandai ke? Kotor lah basuh berak kencing mak ngan ayah yang dah nyanyuk ni..Tinggallah si kaya tua tu dengan keempat-empat bini dia di rumah orang-orang tua Sri Kenangan.. =( 
Kenapa ending ni masih sedih gak weh!! Tidakk!!!

>> Bila Si ?? (Tak tau apa status.Kaya tidak, miskin pun bukan) mati
     Tinggallah anak dan bini meneruskan kehidupan.. Mungkin meneruskan bayaran kereta yang masih belum lunas..(Tapi kereta buruk pun belum habis bayar ea??) Mungkin jua hutang piutang sudah habis dilunaskan sebelum Si ?? (Tak tau apa status.Kaya tidak, miskin pun bukan) mati.. Alhamdulillah, almaklumlah..Harta pun sedang-segang saja..  Berkat didikan Si ?? (Tak tau apa status.Kaya tidak, miskin pun bukan) kepada anak bini bersolat, mengaji, berdoa..Alhamdulillah amanlah roh Si ?? (Tak tau apa status.Kaya tidak, miskin pun bukan) di sana..
     Mungkin jua Si ?? (Tak tau apa status.Kaya tidak, miskin pun bukan) Penjang umur.. Alhamdulillah.. 
Anak-anak pun besar panjang, Si ?? (Tak tau apa status.Kaya tidak, miskin pun bukan) sudah berpencen deri perkerjaannya selama ini.. Kini tinggallah dia bersama anak-anaknya yang hidup besederhana dari dulu..Walaupun dengan didikan Si ?? (Tak tau apa status.Kaya tidak, miskin pun bukan) jadilah anak-anaknya doktor, mungkin ada pensyarah, mungkin ada juga yang jadi ustaz dan ustazan. Dan berterusanlah kehidupan bersederhana itu..Alhamdulillah..

      Apapun yang aku tuliskan ni bukanlah kisah hidup sesiapa.. Ini hanya bayangan gurauan aku masa aku termenung mengenangkan nasib tuaku kelak.. Isk..isk..
      Siapa kita kini dan masa depan kitalah yang memilihnya sendiri.. Jadi aku telah sumbat kepala aku ni "Apa yang akan aku lakukan hari ini, Inilah yang akan aku terima esok, lusa tulat, bulan depan, tahun depan.. "Insyallah.. 

@~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~@

Ya Allah, Ya Tuhanku.. Berikanlah aku hal-hal 
yag terbaik bagimu untukku Ya Tuhanku.. 
Bukakanlah pintu hidayah-Mu untuk ku, 
berilah aku petunjuk
dan peliharalah daku dari
kelalaian mengingati-Mu
dikala susah dan senang ku 
Ya Tuhan Pemelihara sekalian Alam.. 

@~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~@





Wednesday 10 August 2011

Tentang kehidupan



Nak di ceritakan tentang kehidupan ni terlalu luas, tak dapat nak di bayangkan. semua orang mempunyai jalan cerita kehidupan masing-masing. ada yang suka, ada yang duka dan bermacam- macam corak kehidupan manusia. lebih-lebih lagi di zaman yang serba moden ni.

zaman sekarang semuanya serba canggih, nak apa cakap ja semuanya mudah untuk di perolehi. nak makan kol ja, siap hantar sampai depan pintu rumah lagikan. ni aku ada satu story tentang panggilan makanan(order melalui talianlah hehe).

 ada seorang bro ni yang teramatlah busy dengan urusan dunia sampai nak makan pun takda masa, nak di jadikan cerita, ada satu hari bro ni teramat busy, bro ni seorang yang rajin berkerja dan tak pernah mengeluh walaupun penat satu badan. so ketika itu bro ni terasa lapar dan dia bercadang nak order makan kat restauran mamak berdekatan dengan rumahnya. dia mengambil handphon dan terus mendail nombor 03-533*** ,dengan otak yang bercelaru dan keadaan perut yang rancak berkawad menanti jawapan panggilannya. satu suara kedengaran di talian "halloo"(versi mamak)..bro ni pun cakap "mak ni radhi,nasi macam biasa satu"(radhi bukan nama sebenar),tanpa mendengar balasan dari mamak tadi bro ni terus putuskan taliannya..tunggu punya tunggu nasi yang bro ni pesan tadi tak sampai-sampai juga. bro ni pun dah naik angin dan bercadang nak ke restauran mamak tu.

sampai ja bro ni di sana, bro ni pun hairan restauran mamak tadi dah tutup..bro ni ternampak satu notis yang di lekatkan pada pintu restauran mamak tadi, dan bro ni terus baca, TUTUP SEMENTARA BALIK RUMAH JUMPA MAK. bro ni hairan kenapa nak balik jumpa mak, rupanya mamak tadi tu salah dengar,mamak tu ingat dia punya mak yang talipon suru hantar nasi macam biasa.(haha gelak walau pun tak lawak.).

 jadi kesimpulannya walau sebok mana dunia kita ni janganlah terlalu syok sangat, dan bila bercakap di talian tu biarlah sampai ke akhir cerita.jangan jadi mcm bro ni kan dah kempunan nak makan.......hehehe

AHLANWASAHLAN



Assalamualaikum......
       
       terima kasih kerana singgah sebentar di lorong sunyi ini. harap di lorong sunyi ini anda dapat relax sambil berkongsi cerita dengan saya. tapi nak saya ingatkan lorong sunyi bukanlah membawa anda ke dalam kegelapan, ianya adalah blog untuk kita berfikir bagaimana keluar dari kegelapan hidup.

So!!! selamat melayari Lorong Sunyi............